Penyeksaan dan perubatan Penyeksaan

Organisasi seperti Medical Foundation for Care of Victims of Torture cuba untuk membantu mangsa penyeksaan yang masih hidup untuk mendapatkan rawatan perubatan dan mendapatkan bukti perubatan forensik untuk cuba mendapatkan suaka politik "political asylum" di negara selamat dan/atau menghukum pesalah.

Penyeksaan selalunya sukar dibuktikan, terutamanya apabila masa yang lama berlalu antara kejadian dan pemeriksaan perubatan. Kebanyakkan penyeksaan di seluruh dunia mengunakan kaedah yang direka untuk memberi kesan psikologis maksima sementara meninggalkan kesan fizikal minima. Organisasi Perubatan dan Hak Kemanusiaan "Medical and Human Rights Organisations" seluruh dunia telah bekerjasama untuk menghasilkan Protokol Istanbul, dokumen yang direka untuk menyenaraikan kaedah penyeksaan biasa, kesan penyeksaan dan teknik pemeriksaan perubatan yang sah di sisi undang-undang.

Penyeksaan sering meninggalkan masalah metal dan fizikal yang berpanjangan.

Masalah fizikal meliputi banyak perkara, contoh . penyakit jangkitan seksual, masalah otot-rangka, kecederaan otak, post-traumatic epilepsy dan nyanyuk "dementia" atau sindrom sakit teruk "chronic pain".

Masalah kesihatan metal juga pelbagai; yang biasa adalah masalah tekanan post-traumatic stress disorder, depression and anxiety disorder.

Rawatan bagi masalah perubatan berkait penyiksaan mungkin memerlukan kepakaran meluas dan seringkali pengalaman khusus. rawatan biasa termasuk psychotropik, perubatan, contoh. SSRI anti kemurungan, khidmat nasihat, Terapi Tabiat Kognitif, Terapi keluarga dan psikoterapi (physiotherapy).